Menerusi keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) pada 22 Jun 2011, program ini diputuskan untuk mula berkuatkuasa melalui pelaksanaan peringkat pertama iaitu PENDAFTARAN bermula 1 Ogos 2011 dan akan berterusan selama dua minggu sehingga 14 Ogos 2011.
Sebaik selesai peringkat PENDAFTARAN, program ini akan masuk ke peringkat kedua iaitu PEMUTIHAN dan PENGAMPUNAN yang mengambil tempoh tiga (3) bulan, sebelum disusuli PEMANTAUAN (seminggu); dan seterusnya PENGUATKUASAAN serta PENGUSIRAN yang akan digerakkan menerusi operasi secara berterusan.
SUMBER: KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Post a Comment