Monday, 22 August 2011

Tuesday, 16 August 2011

PERINGATAN

MAJIKAN
Seksyen 55B.
Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.

Hukuman:
  1. Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.
  2. Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
Seksyen 56(1)(d)

Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.

Hukuman:
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

Seksyen 55E
Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.

Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

PATI yang ditangkap selepas tempoh pengusiran boleh di PENJARA DAN HUKUMAN SEBAT sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

KAD PENDAFTARAN PALSU

PERHATIAN!!!





Kad ini dikenali sebagai kad kebal atau kad bakti yang telah dikeluarkan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab. Jangan tertipu dengan tipu helah syarikat yang tidak berdaftar. Sila layari Portal KDN untuk mendapatkan senarai syarikat yang sah bagi Program Pemutihan PATI ini.
Adalah dimaklumkan dan disahkan bahawa En. Shabuddin Shah bin Ismail (NOVA TECHNOLOGIES) adalah Perunding Syarikat daripada DIRECTEAM SDN. BHD. dan diberi kuasa serta merta hak untuk melakukan pendaftaran dalam Program 6P di bawah Program Khas Kerajaan Malaysia bagi Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Isu Kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia. seperti mana yang telah ditauliahkan kepada syarikat ini oleh KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN). 

NO. KDN: IM.KDN(S)IM 03/986/1(56)

SURAT PERLANTIKAN




HARGA/YURAN




*Semua pembayaran hendaklah dibuat hanya kepada NOVA TECHNOLOGIES. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran dibuat kepada pihak lain.

Wednesday, 27 July 2011

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN KETIKA PENDAFTARAN

  1. Nama
  2. Gambar
  3. Cap 10 jari tangan kanan dan kiri
  4. Nombor passport/dokumen perjalanan
  5. Warganegara
  6. Jantina
  7. Tarikh lahir
  8. Maklumat majikan (nama, no. kad pengenalan, nombor telefon, alamat, email, dan sektor pekerjaan)
  9. Pengesahan kebenaran maklumat oleh majikan
  10. Tujuan mendaftar - sama ada untuk bekerja (diputihkan), untuk pulang ke negara asal (diampun dan tidak dikenakan tindakan/hukuman), atau lain-lain tujuan.

PROGRAM 6P